Halaman

MIC mahu Mohamad Aziz(MP Sri Gading) digantung menggantikan Ambiga


Tanpa perlu memikir panjang terhadap perkataannya, seorang pemimpin MIC telah meminta supaya ahli parlimen Sri Gading dikenakan hukuman gantung sampai mati, dengan mendakwa ahli parlimen berkenaan berakal pendek.

S Vell Paari melancarkan serangan kerasnya itu terhadap MP Sri Gading Mohamad Aziz yang telah mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC tersebut menyatakan bahawa kesemua parti, termasuk di pihak pembangkang, mempunyai perangai sedemikian di dalam barisan kepimpinannya.

Untuk Mohamad Aziz, beliau perlu dihukum gantung kerana mempunyai IQ yang sangat rendah. Saya percaya ada orang yang telah menjatuhkan sesuatu barang ke atas kepalanya sewaktu beliau masih kecil (menyebabkan beliau jadi demikian),” tambahnya.

“Inilah caranya bagaimana kita menembak diri sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh seorang yang lain, BN yang sebenarnya yang telah membuatkan Ambiga dan Bersih begitu popular sehingga menjejaskan BN,” katanya.

Vell Paari berkata MP Umno juga telah mengambil sikap perkauman dengan mensasarkan Ambiga tetapi tidak ke atas Pengerusi bersamanya iaitu A Samad Said.

Beliau bercadang untuk membawa hal ini didalam mesyuarat AJK Kerja Pusat MIC yang dijadualkan hari ini untuk mendesak pemimpin parti menyuarakan tentangan mereka terhadap kenyataan yang begitu sensitif itu.

“Komuniti India marah dengan serangan bertubi-tubi ke atas Ambiga dan sudah sampai masanya MIC tidak lagi boleh berdiam diri.

“Ini bukan soal nak memenangi hati pengundi tetapi hal gangguan ke atas seseorang yang dihormati seperti Ambiga perlu dihentikan,” ujarnya.

Vell Paari juga mengkritik Mohamad Aziz kerana menyamakan tindakan Ambigadengan Al-Mau’nah yang ahlinya telah dihukum gantung kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong .

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang aneh, pemimpin MIC ttersebut mengingatkan MP Umno berkenaan bahawa Yang Dipertuan Agong telah pun berkenan untuk menerima kedatangan pemimpin Bersih.

“Senjata yang ada pada mereka hanyalah baju T kuning dan botol air mineral, ia bukanlah alat-alat yang biasa digunakan untuk menjatuhkan raja.

“Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, jadi kita nak hukum gantung semua tu?” tanya beliau.

Vell Paari juga menyuarakan kesedihannya yang Sri Gading, pada satu ketika merupakan kerusi bekas PM Tun Hussein Onn, sekarang sudah jatuh ke tangan seorang politikus yang “tidak berkebolehan dan berakal pendek ”.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong

“Penderhaka hendaklah dihukum sekras mungkin,” katanya.

Ahli Parliemn itu juga menekankan beliau sanggup bermandian darah untun negara, dan ucapannya telah disambut dengan sorakan dari kalangan ahli-ahli parlimen UMNO.

Mengulangi permintaannya supaya Najib Tun Razak menghubungi Ambiga untuk perbincangan, Vell Paari juga meminta pihak berkuasa agar menarik semula tindakan undang-undang ke atas pemimpin Bersih.

Belia berkata lagi para peniaga yang menyembur cat di jalanraya di depan kawasan rumah Ambiga sepatutnya di dakwa kerana merosakkan harta awam.

“Pihak polis dan DBKL terpaksa berkawal di kawasan rumah Ambiga kerana peniaga-peniaga dan para pemprotes ini.

“Jadi tidakkah sepatutnya DBKL menghantar notis kepada para peniaga untuk menuntut bayaran kerja lebih masa dan elaun makanan untuk kakitangannya sebagaimana para peniaga itu melakukan hal yang sama ke atas Ambiga?” tanya beliau. -FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan