Inilah jawapan Azza ketika ditanya soal anak...
"Cuma setakat ini belum ada apa-apa tanda lagi. Kalau boleh, saya merancang untuk menimang anak tahun depan.
"Tapi tiada masalah kalau dikurniakan rezeki dalam tahun ini. Cuma sekarang ini saya sibuk dengan kerja.
"Bayangkan, sehingga kini kami belum sempat pergi berbulan madu. Kami rancang mahu pergi Bali tapi belum tahu lagi bila", katanya yang ditemui selepas majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012 kelmarin.
Selepas hampir tujuh tahun bergelar janda, Azza selamat bergelar suri kepada Azlan Zulaily pada 1 April lalu, dengan tiga kali lafaz.
Sebelum itu, pelakon berusia 34 tahun itu pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.
Isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia itu berkata, walaupun sibuk bekerja, dia akui tetap mengatur masa untuk bersama suaminy setiap hari.
"Saya semakin dimurahkan rezeki selepas berkahwin apabila tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.
"Jadi kami berdua perlu pandai mengaturkan jadual masing-masing dan cari ruang luangkan masa bersama.
"Syukurlah suami memahami kerjaya saya, malah dia sentiasa menyokong," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Azza sedang menjalani penggambaranSpy arahan Kash Roshan.
Drama 13 episod terbitan produksi milik Darling iaitu Nasreen Pictures Sdn Bhd turut membariskan pelakon seperti Bell Ngasri, Aliff Aziz dan ramai lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan