Halaman


“Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri,” ucap beliau di’hadapan ratusan hadirin di siri ceramah PAS Batu Gajah.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui Harakah Daily menulis yang pelakon filem Leftenan Adnan kini menyertai perjuangan parti politik itu bersama sama dua orang lagi selebriti.

Mereka adalah Leman Raja Lawak yang sudah pun bergelar ahli PAS semalam juga Zulkifly Ismail yang akan sama sama menyerahkan borang keahlian dengan Hairie Othman.

Kedua dua mereka akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai.

 Hairie Othman di’laporkan mendakwa yang sebilangan selebriti dan artis yang menyertai Barisan Nasional (BN) hanyalah sekadar mencari ‘makan’ dan demi kepentingan karier di’masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan