Beliau dengan sinis berkata, pihak penganjur seharusnya menjemputnya pada acara akan datang.

"Mereka tidak jemput. Mereka sepatutnya jemput saya mengadakan satu acara yang lebih besar," katanya sambil ketawa ketika ditemui hari ini.
Beliau mengulas anugerah yang diberikan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.
Dalam majlis tersebut, Ibrahim diberikan anugerah "Menghina Kebijaksanaan" atas kenyataannya pada 7 April tahun lalu bahawa "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami."
Dua lagi pemenang anugerah dalam majlis tersebut ialah Kerajaan Terengganu untuk kategori "Dasar Gagal" dan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang Teng Hock Nam untuk kategori "Terlajak Perahu Boleh Diundur".
Menurut penganjur, anugerah yang pertama kali diadakan itu bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia." -Mkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan