Halaman

Bukti BN Sabah bergolak

 Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengajak pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini supaya melupakan perkara tidak baik yang merugikan, sebaliknya memikirkan 


perkara yang baik terutamanya dalam menjayakan program transformasi dan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat, negeri dan negara.

Dalam hal ini, katanya pemimpin BN seharusnya bersikap jujur dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat menerusi parti gabungan itu.

"Kita mestilah setia (kepada BN), kita jangan berbelah bahagi dan jangan kita tidak ikhlas. Dalam apa sahaja perjuangan, kita mesti mahu ikhlas.

"Kita dalam BN mendukung prinsip BN, kita sokong parti ini... jangan kata sokong BN tapi cakap lain. Cakap tidak serupa bikin... ini jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-10 SMK Tebobon, dekat sini Sabtu.

Musa, yang juga pengerusi BN negeri, berkata demikian ketika ditanya nasihat beliau kepada pemimpin BN yang hanya berpijak sebelah kaki dalam BN.



"Kalau dah ada ahli sendiri cari jalan lain, ertinya bergolak lah tu" :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan