Halaman

Lelaki mati kerana Facebook


Berpunca daripada maki-hamun dan kata sindiran di laman sosial facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati oleh empat lelaki di Taman Flora, Batu Pahat malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, empat suspek berusia 17 hingga 20 tahun itu menemui mangsa, Aw Soon Ming di tempat letak kereta sebuah pasar raya dan bertanya mengenai lelaki bernama Kelvin yang dikatakan kawan mangsa. 


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, keempat-empat suspek mencari Kelvin kerana tidak puas hati dengan kata sindiran yang ditulis di laman facebook.

“Berlaku pertengkaran sebelum suspek mengetuk kepala mangsa. Mangsa yang berang kemudian menghamburkan kata kesat, menyebabkan keadaan bertambah tegang sebelum mangsa dibelasah dan ditikam senjata tajam dipercayai pisau,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan