Halaman

Chat bersama Shila Amzah dan Remy Ishak






Buat peminat Remy Ishak dan Shila Amzah, ini peluang anda untuk beramah mesra dengan artis pujaan anda melalui sesi Artis Chatz @ Mylaunchpad Movies pada 23 dan 24 Jun ini.

Sempena rangka promosi filem Aku, Kau & Dia yang akan bermula tayangannya 28 Jun ini, MLP Movies ingin memberi peluang kepada anda untuk sama-sama berchatting dengan dua selebriti penting yang terlibat dalam filem ini.

Peminat boleh mengakses lamanhttp://movies.mylaunchpad.com.my/artistchatz pada 23 Jun (Sabtu, jam 1.30 - 2.30 petang) untuk berchatting dengan pelakon utama Aku, Kau & Dia iaitu Remy Ishak.

Manakala untuk berchatting dengan penyanyi lagu tema Aku, Kau & Dia iaitu Shila Amzah, anda boleh mengakses laman Mylaunchpad Movies pada 24 Jun (Ahad, jam 3 hingga 3.30 petang).

Jangan lepaskan peluang ini untuk berkenalan dan bertanyakan khabar dengan idola anda, hanya di MLP Movies.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan