Halaman

Bukti bahawa Najib takut dengan Anwar

Debat bukan budaya kita? Itulah kenyataan Najib pada media..silakan baca

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.
Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.

PKR S'gor makin serius

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor, Najib berkata kemelut dalaman yang melanda parti pembangkang itu menunjukkan perbalahan di antara pemimpin parti itu semakin serius.
Bernama melaporkan Najib sebagai berkata rakyat sudah bijak membuat penilaian mengenai perpecahan serius yang melanda kepimpinan PKR Selangor sehingga ada pemimpinnya meletak jawatan secara tiba-tiba.

Menjawab satu soalan, Najib berkata andaian bahawa kemelut PKR itu berpunca daripada masalah individu tertentu dalam parti tersebut kini terzahir secara terbuka.

"Punca itu masing-masing kena buat kesimpulan apa punca perbalahan itu, tetapi nampaknya perbalahan semakin serius," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. - Malaysiakini

Jika debat bukan budaya kita, Politik Fitnah atau Seks itu budaya kita ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan